Thursday, November 24, 2011

Jata Malaysia


Makna Jata Negara:
  • Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.
  • Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. 
  • Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
  • Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. 
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. 
  • Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. 
  • Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.
  • Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. 
  • Warna kuning  pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



Jata Negeri-negeri:
 
Jata Negeri Perlis

  
Jata Negeri Kedah



Jata Negeri Pulau Pinang

Jata Negeri Perak

Jata Negeri Selangor

Jata Negeri Sembilan

Jata Negeri Melaka

Jata Negeri Johor

Jata Negeri Pahang

Jata NegeriTerengganu

Jata Negeri Kelantan

Jata Negeri Sabah

Jata Negeri Sarawak


Bendera Malaysia

Setiap negara mempunyai lambang negara tersendiri. Bendera adalah salah satu lambang negara. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita hendak mengetahui identiti negara untuk menyemai dan memupuk semangat cinta akan tanahair. Berikut merupakan lambang negara iaitu bendera negara kita.


Makna Bendera Malaysia :
  • 14 jalur merah dan putih ---- tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan.
  •  Biru tua ---- Perpaduan rakyat Malaysia.
  • Anak bulan ---- Agama Islam (Agama rasmi Malaysia).
  • Bintang pecah 14 ---- Perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
  •  Warna kuning ---- Warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



*******************************************************************

Latihan:
  1. Apakah makna anak bulan pada bendera Malaysia?
  2. Apakah makna warna biru pada bendera Malaysia?
  3. Apakah makna warna kuning pada bendera Malaysia?
  4. Berapakah jalur merah dan putih pada bendera Malaysia?
  5. Apakah yang diwakili oleh bintang pecah 14 pada bendera Malaysia?