Monday, December 5, 2011

Struktur pentadbiran Malaysia

Selepas merdeka, sistem pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Pemilihan kerajaan berdasarkan pilihan majoriti rakyat melalui pilihanraya yang diadakan lima tahun sekali. Pentadbiran Malaysia merangkumi tiga badan yang diketuai oleh Yang Dipertuan Agong iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.


Dengan mengetahui identiti negara, semangat cinta akan tanahair akan dapat disemai dan dipupuk terutamanya di kalangan generasi muda. Berikut merupakan struktur pentadbiran negara kita.


1. Peringkat Persekutuan
  • Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, Kabinet, Jabatan Perdana Menteri dan kementerian-kementerian lain
  • Jabatan-jabatan dan perbadanan awam
  • Jabatan dan perbandaran awam di peringkat negeri dan daerah

2.  Peringkat Negeri
  • Semenanjung
         -  Sultan, Raja, Yang DiPertuan Negeri, Majlis Mesyuarat 
            Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pejabat
            Setiausaha Kerajaan Negeri.
         -  Pejabat Daerah dan Tanah
         -  Pejabat Penghulu
         -  Ketua Kampung
  • Sabah
         -  Tuan yang Terutama (T.Y.T), Yang DiPertua Negeri, 
            Kabinet Negeri, Pejabat Setiausaha Negeri
         -  Pejabat Daerah
         -  Kampung
  • Sarawak
         -  Tuan Yang Terutama (T.Y.T), Yang DiPertua Negeri, Majlis
            Tertinggi, Pejabat Setiausaha Negeri
         -  Bahagian
         -  Pejabat Daerah
         -  Pejabat Daerah Kecil
         -  Kampung








Friday, December 2, 2011

Mercu tanda Malaysia

Malaysia seperti juga negara lain mempunyai banyak mercu tanda yang mungkin merupakan sebuah bangunan atau tempat yang sentiasa menjadi ingatan. Ada banyak mercu tanda yang terkenal di seluruh negara kita. Dengan memperkenalkan mercu tanda negara, generasi muda akan memupuk sikap bersyukur dan berbangga dengan mercu tanda negara yang membawa makna kemajuan dan kemakmuran negara kita.

Berikut merupakan mercu tanda negara Malaysia. Antaranya ialah:

Menara Berkembar Petronas (KLCC) - Kuala Lumpur

Bangunan Abdul Samad - Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur - Kuala Lumpur


Taman Putra Perdana - Putrajaya

Perdana Putra - Putrajaya

Stesen Keretapi - Kuala Lumpur

Tugu Negara - Kuala Lumpur



Thursday, November 24, 2011

Jata Malaysia


Makna Jata Negara:
  • Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.
  • Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. 
  • Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
  • Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. 
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. 
  • Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. 
  • Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.
  • Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. 
  • Warna kuning  pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



Jata Negeri-negeri:
 
Jata Negeri Perlis

  
Jata Negeri Kedah



Jata Negeri Pulau Pinang

Jata Negeri Perak

Jata Negeri Selangor

Jata Negeri Sembilan

Jata Negeri Melaka

Jata Negeri Johor

Jata Negeri Pahang

Jata NegeriTerengganu

Jata Negeri Kelantan

Jata Negeri Sabah

Jata Negeri Sarawak