Monday, December 5, 2011

Struktur pentadbiran Malaysia

Selepas merdeka, sistem pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Pemilihan kerajaan berdasarkan pilihan majoriti rakyat melalui pilihanraya yang diadakan lima tahun sekali. Pentadbiran Malaysia merangkumi tiga badan yang diketuai oleh Yang Dipertuan Agong iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.


Dengan mengetahui identiti negara, semangat cinta akan tanahair akan dapat disemai dan dipupuk terutamanya di kalangan generasi muda. Berikut merupakan struktur pentadbiran negara kita.


1. Peringkat Persekutuan
  • Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, Kabinet, Jabatan Perdana Menteri dan kementerian-kementerian lain
  • Jabatan-jabatan dan perbadanan awam
  • Jabatan dan perbandaran awam di peringkat negeri dan daerah

2.  Peringkat Negeri
  • Semenanjung
         -  Sultan, Raja, Yang DiPertuan Negeri, Majlis Mesyuarat 
            Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pejabat
            Setiausaha Kerajaan Negeri.
         -  Pejabat Daerah dan Tanah
         -  Pejabat Penghulu
         -  Ketua Kampung
  • Sabah
         -  Tuan yang Terutama (T.Y.T), Yang DiPertua Negeri, 
            Kabinet Negeri, Pejabat Setiausaha Negeri
         -  Pejabat Daerah
         -  Kampung
  • Sarawak
         -  Tuan Yang Terutama (T.Y.T), Yang DiPertua Negeri, Majlis
            Tertinggi, Pejabat Setiausaha Negeri
         -  Bahagian
         -  Pejabat Daerah
         -  Pejabat Daerah Kecil
         -  Kampung