Jata Malaysia
Makna Jata Negara:
- Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.
- Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
- Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
- Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian
sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini
adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.
- Dalam empat jalur yang sama
besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna
Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri
Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
- Tiga
Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan.
- Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga
Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.
- Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah
kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan.
- Warna kuning pada awan-awan itu ialah
warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Jata Negeri-negeri:
|
Jata Negeri Perlis |
|
|
|
Jata Negeri Kedah |
|
|
|
|
Jata Negeri Pulau Pinang |
|
Jata Negeri Perak |
|
Jata Negeri Selangor |
|
Jata Negeri Sembilan |
|
Jata Negeri Melaka |
|
Jata Negeri Johor |
|
Jata Negeri Pahang |
|
Jata NegeriTerengganu |
|
Jata Negeri Kelantan |
|
Jata Negeri Sabah |
|
Jata Negeri Sarawak |
No comments:
Post a Comment