Thursday, November 24, 2011

Bendera Malaysia

Setiap negara mempunyai lambang negara tersendiri. Bendera adalah salah satu lambang negara. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita hendak mengetahui identiti negara untuk menyemai dan memupuk semangat cinta akan tanahair. Berikut merupakan lambang negara iaitu bendera negara kita.


Makna Bendera Malaysia :
  • 14 jalur merah dan putih ---- tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan.
  •  Biru tua ---- Perpaduan rakyat Malaysia.
  • Anak bulan ---- Agama Islam (Agama rasmi Malaysia).
  • Bintang pecah 14 ---- Perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
  •  Warna kuning ---- Warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



*******************************************************************

Latihan:
  1. Apakah makna anak bulan pada bendera Malaysia?
  2. Apakah makna warna biru pada bendera Malaysia?
  3. Apakah makna warna kuning pada bendera Malaysia?
  4. Berapakah jalur merah dan putih pada bendera Malaysia?
  5. Apakah yang diwakili oleh bintang pecah 14 pada bendera Malaysia?



Tuesday, November 15, 2011

Lagu Malaysia

Tajuk :  Lagu Malaysia - Negaraku

Objektif :  Mengetahui identiti negara untuk menyemai dan memupuk semangat
                  cinta akan tanahair.

Unsur Patriotisme :  1) Berbangga dengan lagu negara kita.

                                   2) Menghormati lagu negara kita.







Selain itu, untuk menerap nilai patriotisme, saya juga mengajar murid menyanyi lagu "Satu Malaysia".





Lirik Lagu Satu 1 Malaysia

Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia


Monday, November 14, 2011

Negeri-negeri dalam Malaysia

Malaysia mengalami kemerdekaan pada 31-8-1957. Ia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur.

Peta negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia



13 buah negeri dan ibu negeri masing-masing di Malaysia.

Negeri

Wilayah Persekutuan

  1. Flag of Kuala Lumpur Malaysia.svg Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Flag of Labuan.svg Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Putrajaya flag.gif Wilayah Persekutuan Putrajaya


Rujukan Web:
  • ms.wikipedia.org/.../Negeri_dan_wilayah_persekut..
  • ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia


 *****************************************************************


Latihan:
Nyatakan ibu negeri bagi negeri-negeri berikut:
  1. Perlis - _______________
  2. Perak - _______________
  3. Kedah - _______________
  4. Selangor - _______________
  5. Pulau Pinang - _______________

Saturday, November 12, 2011

Kedudukan Malaysia

Kedudukan Malaysia dengan negara-negara jiran di Asia Tenggara.


Negara-negara jiran Malaysia adalah seperti berikut:
  • Singapura
  • Thailand
  • Brunei
  • Filipina
  • Kampuchea
  • Laos
  • Indonesia
  • Vietnam



Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita harus bersyukur dan berbangga dengan lokasi negara kita yang strategik. Kita juga hendak menyedari kepentingan negara sendiri dari segi kedudukan geografi.




Latihan:

Nyatakan 5 buah negara jiran Malaysia.
  1.  ______________
  2.  ______________
  3.  ______________
  4.  ______________
  5.  ______________